Sabtu, 21 Desember 2013

Remaja Didakwa Hilang Di Villa Nabila Ditemui Menyorok Di Rumah Teman Wanita!


JOHOR BAHRU – Remaja yang dilaporkan hilang kelmarin selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga Bay di sini ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini.

Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan.

Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar sebentar lagi.

Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi di media sosial sejak kelmarin.

(Berita terdahulu: Gempar! Misteri 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar