Minggu, 22 Desember 2013
Jingjing Gembira Akhirnya Kakinya Dipotong
ANYANG – Jika individu lain menangis dan meraung jika mendengar kaki mereka akan dipotong, namun keadaan sebaliknya bagi seorang gadis berusia 22 tahun, Sun Jingjing.
Baginya berita tersebut merupakan sesuatu yang amat menggembirakannya.
Ia bermakna penderitaannya akibat congenital angiolipoma, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kaki kanannya membengkak akan berakhir.
Penyakit itu juga merupakan sejenis tumor yang menyebabkan kakinya membengkak sehingga sebesar saiz bahagian atas badannya sendiri.
Ia juga menyebabkan Jingjing mengalami kesakitan yang amat sangat dan kerana ia terlalu besar, dia terpaksa mengheret kakinya itu jika dia ingin berjalan.
“Keadaan bertambah buruk pada musim panas apabila cuaca panas menyebabkan kaki saya melepuh.”
“Pada musim sejuk pula, saya mendapat frostbite dan ia menjadi sangat gatal,” katanya.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila bapanya meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kira-kira 12 tahun lepas, manakala ibunya pula menghidap kanser.
“Ibulah penguat semangat saya. Meskipun dia mengalami kesakitan yang amat sangat, namun dia tidak menunjukkannya sebaliknya terus merawat saya selain mahu saya terus menjadi kuat,’’ katanya.
Jingjing tidak pernah menerima rawatan doktor menyebabkan bengkak di kakinya semakin besar, dengan ukur lilit 85 sentimeter.
Kini, selepas kakinya dipotong, dia berharap dapat berkahwin dan memiliki keluarga sendiri.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar