Tampilkan postingan dengan label didakwa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label didakwa. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013

Remaja Didakwa Hilang Di Villa Nabila Ditemui Menyorok Di Rumah Teman Wanita!


JOHOR BAHRU – Remaja yang dilaporkan hilang kelmarin selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga Bay di sini ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini.

Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk direkod kenyataan.

Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar sebentar lagi.

Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi di media sosial sejak kelmarin.

(Berita terdahulu: Gempar! Misteri 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila)
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Lelaki menyamar kerabat didakwa

Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.


GEORGETOWN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai kerabat diraja Kedah dengan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) dihadapkan di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan menipu dan menggunakan lambang pertubuhan tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Roshidi Fadzil, 47, dari Bukit Beruang, Melaka didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Jalan Penang di sini kira-kira jam 4.15 petang.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menggunakan lambang Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia-Pakim Diraja/Serampang tiga tanpa mendapat kebenaran dari ROS.

Bagi kesalahan itu dia didakwa bawah Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga bulan atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Roshidi didakwa telah memperdayakan Ooi Ten Sen, 39, dengan cara menyamar sebagai golongan kerabat diraja Kedah dengan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Putera Roshidi Bin Tunku Haji Fadzil di lokasi dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen sama.

Jika didapati bersalah dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang hadir diiringi bersama beberapa ‘pengikutnya’ hanya menggelengkan kepala tanda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret L Umma Devi membenarkan jaminan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 18 November depan sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.
Read More..