Senin, 30 Desember 2013
Petua Atasi Jerawat
Atasi jerawat
Ambil sebungkus kecil daun teh dicampur dengan air dan jerang hingga mendidih.Selepas itu, panaskan muka dengan menggunakan wap air teh tadi. Lakukan selalu, insya-Allah jerawat akan hilang dan muka akan nampak berseri-seri.
Bila bayi sembelit
Jika bayi berusia dua atau tiga bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar selama beberapa hari, layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letak daun kunyit itu di atas perut bayi. Insya-Allah beberapa minit kemudian bayi pasti dapat membuang air besar.
Kurangkan berat badan
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.Perah airnya ke dalam gelas berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia air minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Ikuti dengan senaman ringan. Amalkan ia selama sebulan. Berat anda dijangka beransur turun.
Senggugut
Senggugut juga secara tidak langsung mengganggu emosi wanita setiap kali datang bulan. Malah, ada yang sentiasa mengambil pil penahan sakit. Jika anda mengalami masalah senggugut ini, apa kataanda cuba petua ini. Campurkan serbuk lada hitam dan halia yang telah ditumbuk. Pastikan jumlah kandungan kedua-duanya adalah sama.Untuk memudahkan, letakkan ramuan itu tadi di dalam kapsul kosong agar mudah dimakan.Untuk lebih berkesan, ambil dua biji kapsul setiap kali makan. Sehari dua kapsul.
Kempiskan Perut
Baring di atas permukaan rata.Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki (terletak di atas permukaan) menghala ke atas.Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan dua kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.Selain itu, amalkan juga memakan sebiji buah tomato yang berukuran sederhana dan belum begitu ranum.Makan setiap hari kerana buah tomato juga mencantikkan kulit.
Sumber / Cyberita.asia1
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar