Tampilkan postingan dengan label makan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label makan. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Makan Cicak Lipas Sebab Harga Gula Naik


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi reaksi melampau berhubung keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram baru-baru ini apabila mendakwa keputusan kurang popular itu akan menyebabkan rakyat negara ini menderita kelaparan.

Ketua Penerangannya, Dr. Riduan Mohd. Nor mendakwa, pemansuhan subsidi tersebut akan menyebabkan ada rakyat negara ini terpaksa memakan serangga seperti cicak, lipas, semut dan serangga untuk menghilangkan kelaparan dan terus hidup.

“Kesan kenaikan harga gula adalah kenaikan pada harga barangan terutama pada makanan dan minuman. Kesan secara langsung adalah kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga makanan dan minuman.
“Rakyat akan lebih menderita malah mungkin ada yang memakan cicak, lipas, semut dan serangga bagi menampung kehidupan mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini mengumumkan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula.

Pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen itu dilihat ramai pihak sebagai langkah tepat oleh kerajaan bagi mengalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Langkah itu juga diyakini boleh mengubah persepsi serta tabiat masyarakat terhadap keperluan bahan tersebut dalam pemakanan seharian sekali gus mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

Riduan bagaimanapun mendakwa, tiada kajian menunjukkan menaikkan harga gula berikutan pemansuhan subsidi bahan itu secara automatik boleh mengurangkan penyakit diabetes dalam kalangan rakyat.

Justeru, beliau menolak alasan kerajaan tersebut dan menggesa kerajaan mengambil langkah tegas untuk mengatasi masalah ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan jabatan dan agensi untuk menjamin ekonomi negara.
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

Intipan Rahsia Amerika Syarikat Makan Diri


Moscow – Program pemantauan besar-besaran Amerika Syarikat membabitkan intipan menerusi telefon dan internet di seluruh dunia hanya menyebabkan keadaan semakin tidak selamat.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas penganalisis sistem komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden, di sini, Jumaat lalu.

Snowden yang berada di Russia, menjelaskan perkara itu menerusi klip video yang disiarkan laman web WikiLeaks.

Pemantuan besar-besaran

Katanya, pemantauan secara besar-besaran itu ‘menyebabkan kita berisiko bergaduh dengan kerajaan sendiri.’

Sebuah mahkamah Amerika sudah mendakwa Snowden mencabul Akta Pengintipan kerana mendedahkan kepada umum program rahsia itu.

Snowden menyifatkan program itu sebagai menyebabkan ‘segala tindak-tanduk berjuta-juta penduduk diperhatikan meskipun ia tidak perlu.’

“Program itu menjejaskan ekonomi. Ia juga memberi masalah kepada negara kita. Ia mengehadkan keupayaan kita untuk bercakap, berfikir dan menjadi kreatif selain menjalin hubungan dan bebas bergaul,” kata Snowden.

Video itu kali pertama Snowden dilihat berucap sejak 12 Julai lalu apabila bekas pekerja NSA itu berada di lapangan terbang Moscow untuk memohon diberi perlindungan yang diterimanya pada 1 Ogos lalu.

Keputusan Moscow menjejaskan hubungan antara Amerika dan Russia. Presiden Barack Obama membatalkan mesyuarat dengan Presiden Vladimir Putin ketika satu sidang kemuncak berlangsung di Russia, September lalu.

Snowden berkata, kerajaan Amerika ‘tidak mahu mendakwa pegawai kanan yang didapati berbohong kepada Kongres dan negara sedangkan ia dirakam tetapi melakukan apa saja untuk menghukum sesiapa yang memberitahu kebenaran.’

Dalam satu ulasan lain, WikiLeaks berkata, Snowden pada Rabu lalu menerima anugerah tahunan Sam Adams yang menggunakan nama penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA).- AP
Read More..