Tampilkan postingan dengan label bila. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bila. Tampilkan semua postingan
Kamis, 26 Desember 2013
Warga India mengamuk bila lihat patung ini pakai sari
24 Okt 2013
Patung perawan suci Maria( Mariam) menggendong Yesus(Nabi Isa) memakai baju sari menuai kecaman di India. bbc.co.uk ©2013 Merdeka.com
India timur bergolak lantaran sebuah patung Bunda Maria memakai sari. Ini membuat marah warga menyebut patung itu menghina tradisi Negeri Hindustan itu.
Stesyen televisyen Aljazeera melaporkan, Khamis (24/10), patung itu berada di Desa Singphur, Provinsi Ranchi dan telah berdiri sejak Mei. Para warga yakin gereja yang mempamerkan patung itu sudah menyuap pegawai setempat agar benda itu boleh berdiri.
Patung digambarkan perawan Maria berpakaian sari merah dan menggendong bayi Yesus Kristus. Sekitar 10 ribu orang dari Suku Sarna tunjuk perasaan agar patung itu diturunkan.
Jumlah penunjuk perasaan menjadi lebih ramai lagi setelah seminggu patung itu tidak juga diturunkan. "Kami mendesak pihak berkaitan dari kalangan Kristian agar menurunkan patung itu. Jika ini diabaikan, kami terpaksa menghancurkannya tanpa pemberitahuan," kata pemuka agama komuniti Sarna Bandhan Tigga.
Dia juga mengatakan patung itu bersifat menjajah sebab Maria bukan dari bangsa India. Kalangan Hindu menuding Kristian melakukan penyebaran agama di bawah payung kegiatan sosial. Secara tegas warga Hindu mengatakan mereka tidak terpikat menjadi Kristian.
Bukan hanya memakai kain sari, Maria juga digambarkan berkulit gelap dan persis dibuat mirip Dewi Sarna Ma atau Dewi Alam. "Ini jelas akan membingungkan generasi kami selanjutnya," ujar Tigga.
Namun pihak Kristian di Kota Jharkhand mengatakan protes ini tidak pada tempatnya. Mereka juga sebahagian dari India meski minoriti. "Kristiani memandang Maria sebagai ibu dan kami juga sebahagian dari suku suku di India. Jadi amat sangat baik jika Maria terbungkus pakaian lokal agar terikat secara emosional," kata pendeta Alex Ekka, salah satu anggota suku Oraon.
Menurut Ekka, Maria banyak digambarkan dalam pelbagai budaya dan tradisi. Di Afrika, Bonda Maria dilukis berkulit hitam sebagai peleburan dengan budaya lokal. Ekka berkeras pihak gereja tidak akan menurunkan patung itu. Menurut dia, jika tuntutan itu dipenuhi maka akan ada tuntutan selanjutnya melarang gereja memainkan alat musik suku, atau melakukan tarian tradisi.
Setiausaha Negara Bahagian Jharkhand dari Parti Sayap Kanan Hindu Parishad Viswa, Gangaprasad Yadav mengatakan orang Kristian mendekati warga suku mereka masih polos dan belum menemukan kekuatan agama Hindu. "Semua orang India itu awalnya Hindu. Kami menolak masuk Kristian. Kami melindungi kepentingan agama kami. Mereka masuk dan menawarkan kebaikan itu semua ada maksudnya agar anak cucu kami masuk Kristian," ujar Yadav.
Kelompok Hindu telah memberi batasan waktu hingga 24 Disember agar gereja setempat menurunkan patung itu.
Sumber:Merdeka.com
diedit oleh idahsalam
Minggu, 22 Desember 2013
VIDEO Reaksi Bila Bayi ‘Ditendang’

SELAGI namanya manusia normal, selagi itulah kita akan punya rasa kasih terhadap bayi dan ingin melindunginya biarpun bukan anak sendiri.
Video ‘prank’ yang bakal anda saksikan ini memaparkan reaksi orang ramai yang diminta menjaga seorang bayi di sebuah taman oleh ‘ibunya’ untuk seketika.
Mereka yang menjaga bayi itu akan duduk memerhatikannya di sebuah bangku.
Dua orang kanak-kanak secara tiba-tiba muncul dan membuat aksi seolah-olah mereka akan menendang bayi itu sekaligus mencetuskan rasa panik di kalangan ‘penjaga’.
Bagaimanapun, ia hanyalah gurauan kerana apa yang ditendang ialah bola di belakang bayi itu, namun reaksi mereka yang ‘terkena’ pasti menimbulkan kelucuan.
Apa pun, itu tandanya ramai manusia masih punya rasa prihatin, betul tak?
Oleh: ELZA
Senin, 16 Desember 2013
Apa Reaksi Nora Bila Dipuji Bintang Korea Hari

Pada awalnya tindakan untuk membuat gaya Gwiyomi hanya sekadar suka-suka. Tetapi dalam pada dia meraih tontonan mencecah lebih satu juta di Youtube, siapa sangka aksinya itu turut ditonton oleh penyanyi asal lagu tersebut iaitu bintang dari Korea, Hari.
Ketika kunjungannya ke tanah air baru-baru ini, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi Nora adalah yang terbaik pernah ditontonnya. Malah Hari menyatakan hasrat mahu berkolaborasi dengan pelakon comel ini.
“Saya rasa sungguh terharu. Tak sangka dalam banyak-banyak parodi, dia tengok video saya. Saya terkejut bila dapat tahu dia sukakan video tu. Saya buat video tu pun mulanya hanya sekadar suka-suka”, kata Nora Danis tatkala diminta mengulas mengenai kenyataan Hari itu.
Tambah Nora yang ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2013, dia sememangnya berbesar hati sekiranya dapat berjumpa dengan penyanyi berusia 23 tahun itu. Namun pertemuan mereka tidak dapat dibuat kerana masing-masing sibuk dengan kerja.
“Sepatutnya memang saya nak jumpa dia. Tapi saya dapat tahu saat-saat akhir dan masa tu pula saya sangat sibuk. Jadi tak dapat lah kami berjumpa”, katanya.
Sementara itu, Nora yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2013 meluahkan rasa syukurnya atas percalonan tersebut. Nora tercalon menerusi filem Mencari Cinta.
“Dalam pada timbul cerita-cerita gosip saya, sekurang-kurangnya ada pihak yang melihat bakat saya. Bagi saya percalonan ini untuk keluarga saya yang banyak menyokong saya walau dalam apa pun keadaan”, katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun.
Perkembangan lain, Nora buat pertama kali bakal muncul menerusi teater Bahayanya Wanita yang akan dipentaskan pada 20 hingga 0 Disember depan. Teater yang mengisahkan kehidupan berpoligami ini turut dibarisi bintang hebat lain seperti Umie Aida, Erra Fazira, Zizan Razak dan Johan As’ari. – Malaysian Digest
Langganan:
Postingan (Atom)