Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 18 Desember 2013

Borang Permohonan BL1M Online Bantuan Lesen 1Malaysia Daftar Sekarang! RM199






Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan yang berhemah.


Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:
  • DOWNLOAD BORANG  (Borang BL1M Online) atau
  • BL1M(laman utama)
Nota: Anda kini boleh akses borang online di myeg  (Laman Alternatif Pendaftaran BL1M Online)
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.



Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.




Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri. Pihak penganjur akan menghubungi tuan/puan sebaik sahaja keputusan diumumkan.


Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Dewan Ulamak PAS lancar Gelombang II Misi Bantuan Banjir


Khairuddin memunggah barangan bantuan banjir ke dalam lori.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Dr Khairuddin At Takiri melancarkan Gelombang II Misi Bantuan Banjir.

Sebelum ini beliau sendiri telah mengetuai gelombang pertama misi bantuan banjir ke Pahang pada 5 Disember yang lepas. Pelbagai bantuan keperluan asas telah diserah sendiri kepada para mangsa banjir dilokasi-lokasi yang terjejas.

Menurut beliau, melihatkan kesengsaraan para mangsa perlu diberikan perhatian khusus, maka pihak Penerangan DUPP mengambil inisiatif untuk meneruskan bantuan kemanusian untuk gelombang yang kedua.

Namun pada kali ini, pengagihan  bantuan kemanusiaan disasarkan  kepada negeri Terengganu Darul Iman terutamanya di daerah Kemaman.

"Kami mengharapkan bantuan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dihadapi oleh para mangsa,  Dewan Ulamak melalui penerangannya insya Allah akan memantau perkembangan terkini banjir untuk memastikan kebajikan para mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya," ujar beliau.

Beliau juga turut menyarankan agar umat Islam memperbanyakkan doa dan solat hajat agar kesengsaraan mangsa banjir diberikan keringanan dan kemudahan oleh Allah s.w.t.

"Semoga dengan ujian banjir ini menambahkan keimanan dan pergantungan kepada Allah s.w.t,  ianya pasti akan membuahkan pelbagai hikmah yang mungkin kita sendiri tidak menjangkakannya," katanya.

Beliau turut menyeru agar Dewan Ulamak PAS di negeri-negeri agar turut bersiap sedia mengumpulkan dana sebagai persiapan berhadapan dengan ujian banjir di samping menghantar misi-misi bantuan secara berterusan.

Turut menyertai gelombang kedua misi bantuan banjir pada kali ialah Pengarah Akademi Kepimpinan dan Latihan DUPP,  Dr Nazri Mansur serta Penolong Setiausaha DUPP Nazmi Nik Din.

Sementara itu dalam masa yang sama, dilaporkan juga bahawa Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menghantar misi bantuan ke kawasan yang terjejas di Pahang.

Misi bantuan Dewan Ulamak Wilayah untuk gelombang yang kedua insya Allah bermula pada hari esok, 8 Disember yang bakal diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak Wilayah Persekutuan, Ustaz Md Ali.

Gelombang pertama DUPWP telah bermula pada hari ini yang diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Dr Nazri Mansur serta Ketua Penerangan DUPWP, Ustaz Nazmi Nik Din.
Read More..