Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Kes Hasutan Tian Chua Ditetapkan Pada 16 17 Okt

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 16 dan 17 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang, yang didakwa atas tuduhan hasutan ekoran kenyataannya mendakwa kerajaan terlibat dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar pada Rabu selepas mengadakan mesyuarat dengan timbalan pendakwa raya, Mohd Farizul Hassan and peguam bela Latheefa Koya, yang mewakili Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
Latheefa berkata kepada pemberita bahawa mahkamah menetapkan dua tarikh bermula 16 Oktober untuk perbicaraan sementara menunggu kes mengetepikan tuduhan terhadap Tian Chua di Mahkamah Tinggi.
Pada 14 Mac, Tian Chua minta dibicarakan selepas membuat kenyataan yang mendakwa pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari Sulu, di Lahad Datu merupakan satu konspirasi terancang oleh Umno untuk mengubah perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.
Beliau berkata ia merupakan satu ‘drama’ oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian terhadap Sabah, berbanding inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai isu projek IC.
Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Fraser Business Park di sini pada 1 Mac pukul 11 pagi.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Artikel 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama dan lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya.
On Apr 12, Tian Chua, 50, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan tuduhan terhadapnya.
Mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan tersebut pada 26 September ini. – mStar Online
Selasa, 24 Desember 2013
iPhone 5 dijual semula pada harga tinggi
HONG KONG – Beberapa orang menjual semula iPhone 5 pada harga yang tinggi selepas mereka membelinya di sini semalam.
Menurut seorang penjual yang hanya mahu dikenali sebagai Suen, dia membeli telefon bimbit itu pada harga HK$8,000 (RM3,154.23).
Dia kemudian memberitahu, telefon itu kemudian dijual kira-kira HK$9,000 (RM3,542.22) hingga HK$10,000 (RM3,941.05).
Suen bekerja di sebuah kedai gajet menyebabkan dia mudah untuk menjual semula telefon bimbit tersebut kepada para pembeli.
Harga normal telefon bimbit itu bermula pada HK$5,588 (RM2,202.26) di kedai-kedai syarikat Apple yang merupakan pengeluar telefon tersebut.
Menurut Suen, keuntungan segera boleh diperoleh sebanyak HK$3,000 (RM1,182.54) untuk setiap satu iPhone 5 yang dijual.
Dia berjaya membeli 15 unit iPhone 5 dalam tempoh sejam walaupun Apple menghadkan hanya dua unit telefon sahaja.
Kebanyakan kedai yang menjual semula telefon tersebut terletak tidak jauh dari kedai Apple.
Telefon bimbit itu turut dijual buat kali pertama kepada pembeli di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis dan Jerman semalam.
iPhone 5 lebih ringan, mempunyai skrin lebih besar, perisian yang terkini dan pemprosesan yang lebih pantas.
Ramai pembeli di Tokyo, New York, Sydney dan London sanggup berbaris di luar kedai Apple untuk membeli telefon tersebut. – Agensi
Sabtu, 09 November 2013
Membuat Email dengan Custom pada Windows Live Admin Center

Bahasa : Indonesia
Penulis : Mohammad Iqbal
Jumlah halaman : 24
Format ebook : Pdf
Harga : Rp. 0,-
Download ebooknya klik disini
Langganan:
Postingan (Atom)