Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya



Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.

Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Norazita Abu Talib

Nama Penuh: Norazita Abu Talib
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Bank

Ardi bin Hamza (Suspek)

suspek

Nama Penuh: Ardi bin Hamza
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank
Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah
Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati




Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya

pegawai-bank ditembak mati

gambar kejadian pengawai bank ditembak2
pegawai bank mati
pegawai-bank-ditembak-mati
pegawai-bank-ditembak-mati
 pegawai ditembak mati
pegawai bank ditembak
pegawai-bank-ditembak-mati
pegawai bank ditembak mati

Gambar Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank

Norazita Abu Talib

Gambar Keluarga Norazita Abu Talib

Norazita Abu Talib Norazita Abu Talib2
Norazita Abu Talib 4
Norazita Abu Talib 3


sumber


Read More..

Minggu, 29 Desember 2013

Warga Australia Campak Kekasih Sehingga Mati


SYDNEY – Hakim sebuah mahkamah di sini membuat keputusan bahawa seorang warga Australia didapati bersalah kerana mencampak teman wanitanya dari balkoni sebuah unit apartmen yang didiami pasangan tersebut dua tahun lalu.

Keputusan itu sekali gus menamatkan satu siri perbicaraan pembunuhan yang menarik perhatian masyarakat di Australia.

Warga Australia itu, Simon Gittany mencampakkan tunangnya, Lisa Harnum yang merupakan seorang bekas penari.

Gittany mencampak tunangnya itu dari tingkat 15 apartmen mereka selepas berlaku pertengkaran pada bulan Julai 2011 sejurus mengetahui Harnum merancang mahu meninggalkannya.

Warga Australia yang berusia 40 tahun itu hadir di mahkamah tersebut bersama teman wanita baharunya.

Ketika perbicaraan, dia tidak mengaku bersalah dan mendakwa Harnum tergelincir dan dia cuba untuk menyelamatkannya.

Namun, Hakim Lucy McCallum yang mendengar perbicaraan itu menyatakan, kekurangan cap jari Harnum pada pagar berkaca di balkoni apartmen itu menyebabkan kenyataan Gittany tidak boleh diterima.

Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas Gittany pada Februari depan.

Mahkamah Tinggi New South Wales turut mendengar keterangan bahawa telefon Harnum diintip Gittany secara rahsia.

Gittany turut memasang kamera pemantauan di luar dan di dalam apartmen tersebut.

Salah satu kamera itu menunjukkan lelaki itu mengheret Harnum ke dalam apartmen pada malam kematiannya. – AFP
Read More..