Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

BBM Rekod Lebih 80j Pengguna Aktif


KUALA LUMPUR – BBM, rangkaian sosial persendirian untuk perbualan aktif masa nyata yang diperkenalkan oleh BlackBerry, merekodkan lebih 80 juta pengguna aktif sebulan, selepas dilancarkan pada Android dan peranti iPhone.

Angka itu termasuk lebih 20 juta pengguna baharu.

BBM mencatat lebih 10 juta muat turun dalam tempoh 24 jam pelancarannya.

Andrew Bocking, Naib Presiden Eksekutif BBM di BlackBerry dalam satu kenyataan berkata tumpuan kini kepada pengguna aktif BBM, dan bukan lagi ke atas angka muat turun yang mudah.

Pada minggu pertama pelancarannya, BBM merupakan aplikasi percuma tertinggi di 35 negara dalam Google Play dan 107 bagi App Store.

Ia terus mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran utama seperti di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan Timur Tengah. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Lebih Kejam Daripada Komunis


Lebih Kejam Daripada Komunis
Lebih Kejam Daripada Komunis - Kuala Lumpur : “Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.
“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”
Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.
Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.
Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh. – Metro
Read More..