Tampilkan postingan dengan label calon. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label calon. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Zambry menggelabah Datuk Bandar Ipoh bakal calon PRU 13


Spekulasi dalam politik Malaysia selalunya menjadi realiti atau pun kenyataan. Cuma Zambry sahaja yang semakin hangat juboq tak senang duduk..


Semenjak ia merampas kuasa dari Pakatan Rakyat, dah berapa ramai kakitangan kerajaan bertaraf kanan yang ikut serta masuk politik pembangkang apabila pencen, yang terakhir bekas S/U DUN Perak, Abdullah Anthung Sabri..., 


Dan yang terkini kecoh Datuk Bandar Ipoh pula,,Klik ,SINI .  




Perlu dimbas kembali, Datu Bandar Haji Roshidi ni dilantik pada tahun 2008, zaman pemerintahan Pakatan Rakyat, yang pada mulanya heboh diperkatakan YB Kulasegaran yang akan dilantik,, Namun atas kebijaksaan DS IR Nizar sekalu MB Perak waktu itu, telah melantik Datu Roshidi menjadi Datu Bandar Ipoh. 


Tabiat Zambry pula sejak memegang jawatan MB, mana-mana penjawat awam yang dilantik Nizar, pasti tak dapat sambung, contoh Tuan Sheikh Mohd Nor Al Hafiz, sekejap sahaja dapat merasa Yang DiPertuan Majlis Agama Islam Perak, lepas tu kena pancung dengan Zambry... 


He he,, nampaknya kali ini Zambry tersepit,,, tak bagi sambung jawatan , PRU13 bila-bila masa boleh berlaku,,, pandai Datuk Bandar Haji Roshidi mengenakan Zambry,,, padan muka ko Zambry.... wakaka... 
sumber : Manjung Mari
Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Ada arahan tewaskan 3 calon muda Pakatan


  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini Apr 11 2013
Anwar dedah arahan tewaskan 3 calon Pakatan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan  Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.

"Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai," kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak.

Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju.

Bagi parlimen Setiawangsa, PKR mencalonkan anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1973-1983, Ibrahim Tan Sri Yaacob.

Beliau pernah bertanding di parlimen tersebut pada 2008 tetapi tewas kerana terdapat undi pos di kawasan tersebut.

Ibrahim bertugas secara sukarela di pejabat ketua umum sejak enam tahun lalu dan berkelulusan bahagian kewangan dari universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat saham.

Selain itu Anwar mengumumkan bekas menteri Datuk Tan Kee Kwong untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju, menggantikan calon Wee Chee Keong yang keluar daripada parti dan menjadi calon bebas.

Anwar juga mengumumkan Tian Chua mempertahankan kerusi parlimen Batu dan Menteri Besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak.

Ditemui Malaysiakini selepas pengumuman tersebut, Ibrahim berkata beliau yakin untuk merampas kerusi Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, sekiranya beliau dapat mendapat undi tentera sebanyak 5,000 undi, maka beliau yakin kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya, pada pilihan raya umum lalu, undi biasa memihak kepadanya melainkan undi pos sahaja.

"Undi askar ada yang mengundi pos dan ada yang mengundi awal sebagai undi (seperti amalan) biasa. Jadi peluang menang, Insya-Allah kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, peranan lima bekas jeneral tentera yang menyertai Pakatan akan membantu kemenangan beliau dan mereka mula menerima penerangan yang dibuat.
Read More..

Senin, 10 Februari 2014

Calon Pas dan DAP tak umum awal

sinarharian
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Oktober 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu.

Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian  jika perlu.

"Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini.

"Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau.

Diminta mengulas sama langkah BN yang berhasrat menamakan calon lebih awal, Mustafa berkata, "ada pro dan kontranya juga umum calon awal ini."

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya.

“Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan muktamad," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah sama seperti BN.

"Kita tidak akan terpengaruh dengan cara BN.

"Bukan hanya DAP tetapi saya kira semua parti akan mengambil langkah sama (tidak umum terlalu awal).

"Kalau terlalu awal akan ada orang yang buat kacau," kata Seng Giaw, yang juga Ahli Parlimen Kepong kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan menyifatkan parti itu kini berada dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal.

"BN meniru kita. PKR sudah umum awal di beberapa kawasan termasuk saya sendiri yang sudah diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Pandan.

"BN terpaksa ikut rentak PKR. Ini berlaku kerana tekanan perebutan kerusi yang sangat hebat," katanya yang kemungkinan akan bertanding di Pandan.

Menurut Rafizi, pengumumam awal nama calon di sesetengah kawasan oleh Anwar bertujuan untuk memaklumkan pengundi di kawasan itu mengenali siapakah calon yang akan dipertaruhkan oleh PKR.

"Ini memberi peluang kepada pengundi di kawasan itu mengenali terlebih dahulu calon PKR itu," ujar beliau.
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Sg Limau Calon BN nafi tarik diri


  • Calon BN nafi tarik diri
YAN - Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim menafikan desas-desus bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November ini.
Beliau menegaskan,  isu itu tidak pernah timbul sama sekali, dan beliau komited sepenuhnya terhadap tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan BN.   

“Apa yang terjadi sekali pun saya akan teruskan. Isu itu (tarik diri) tak pernah timbul pada saya.Sejak sehari sebelum hari penamaan calon saya sudah bertekad membujur lalu melintang patah, patah sayap bertongkat paruh.

“Saya tidak akan berundur. Saya akan pergi terus. Itu komitmen saya,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Sungai Limau dekat sini semalam apabila ditanya mengenai desas-desus yang tersebar bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding.

Menyentuh mengenai cara kempennya yang tersendiri, Ahmad Sohaimi berkata, beliau lebih gemar berkempen secara solo tanpa liputan luas media kerana menghormati budaya penduduk Sungai Limau yang tidak gemar strategi kempen besar-besaran dan terlalu agresif.

Meskipun begitu, beliau yakin strateginya selaras pendekatan kempen Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan tidak akan merencatkan peluang kemenangan BN.
Read More..