Senin, 17 Februari 2014

Video ‘Kebaikan Manusia Masih Wujud’


DALAM dunia yang serba moden di mana kebaikan dilihat semakin tipis di mata manusia, ramai yang terlupa sebenarnya masih ramai lagi insan di dunia ini mengamalkan sikap tidak mementingkan diri demi kesenangan dan keselamatan orang lain.

Video kompilasi realiti yang akan anda saksikan sebentar lagi sememangnya mampu membuatkan anda berfikir sejenak mengenai perkara baik yang berlaku di sekeliling kita.

Rakaman ini banyak berkisar mengenai pertolongan yang diberikan oleh individu tertentu apabila melihat ada insan lain yang berada dalam kesusahan.

Bukan itu sahaja, perbuatan baik dalam membantu haiwan turut dipaparkan, sekaligus menyedarkan kita bahawa kebaikan itu seharusnya dilakukan pada setiap makhluk ciptaan Tuhan tanpa mengira rupa bentuknya.

Jika selama ini kita agak paranoid atau risau untuk memberikan pertolongan kepada orang lain, mungkin video ini boleh dijadikan inspirasi buat anda untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas ini.

Apapun, saksikan.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar